Sunday 7 August 2011

RaMaDhAn KeMbAliiii...pUaSa.

kali nih awl kte puasa kan 1.8.2011 kte dh puasa..bila sebut je puasa semua org tau kte kne thn diri dari lapa dan dahaga. bulan ramadhan nih bulan berkat so bnyak2 la kte buat amalan dlm bulan nih..maksiat2 kne jauhkan la yeak..hihihi..puasa kali nih xbersama keluarga ku tersayag  tp ngn kengkawan kelas ak..meriah jugak tau..bila nk buka pose je msti pk nk msk pe la..than bila g baza jdi rambang mata mcm2 nk dibelinya..maklumlaaa nafsu makan (jgn sampai membazir sudah)..ari ketiga puasa ak ngn kengkawan mula masak..nk tau x pe menu kteorg masak....tgk kt bwh nih...hihihi

tomyam menu utama...

menu berbuka ari keempat kte org masak...sila tgk bwh..huhu

sotong masak pedas,ayam msk halia,kentang goreng ikan bilis
sup ayam,murtabak daging n air bandung cincau...yummm

tuk hari kelima kami xmasak pun coz penat kte org beli kt cafe je la...bg hari ke 6 lak kengkawan ak ramai y balik umh tgl la 2 org je ak ngn kawan ak..dh tgl dua org ni masakan pun kne la ringan2 je..kami masak nasi goreng , cucur badak n telur dadar..huhu jom tgk kt bawah nih..


ok la smpai sini je la..nk tau menu y lbih lanjut tgu la ek cte y sterusnya..hihi selamat berpuasa semua..



yeahhh TeSiS Ku sudah ciap...alhamduliah...

ni nk tnjuk tesis hasil usaha ku...hihi

BAB DUA
 HARTA PUSAKA DI SISI SYARAK DAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

2.1       Pendahuluan
Di dalam Islam Allah s.w.t telah menetapkan dalam Al-Quran tentang pembahagian harta pusaka dengan secara adil. Begitu juga dengan sunnah dan ijmak’ ada membincangkan dan menerangkan dengan lebih lanjut tentang harta pusaka, sebagaimana yang kita tahu pembahagian harta pusaka adalah salah satu perkara yang dituntut oleh Allah untuk dilaksanakan. Undang-undang pusaka Islam merupakan salah satu sistem yang unik kerana ianya bersumberkan wahyu daripada Allah s.w.t dan sesuai dengan naluri dan fitrah kejadian manusia. Sistem pusaka Islam berbeza dengan sistem pusaka sebelum Islam dalam pelbagai aliran dan fahaman terutamanya selepas turunnya ayat al-mawarith (surah An-Nisa’ ayat 11,12,dan 176). Selepas turunnya ayat ini, terdapat pembaharuan dan keistimewaan yang telah dibuat didalam undang-undang pusaka Islam yang kekal hingga ke hari ini.[1]

Islam juga amat mengambil berat tentang pembahagian harta pusaka si mati dengan menentukan beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Perkara-perkara tersebut penting untuk diketahui bagi memastikan keadilannya dalam pembahagian kepada waris-waris. Perkara-perkara tersebut seperti rukun, sebab, syarat dan sebagainya.

Justeru itu, amatlah pentingnya untuk mengetahui tentang pembahagian harta pusaka, sama ada layak untuk menerimanya atau pun sebaliknya. Jika seseorang itu tidak layak untuk menerima harta pusaka secara faraid, maka adakah seseorang itu memang tidak akan mendapatkannya atau pun mempunyai cara lain untuk mendapatkan harta tersebut.[2]

2.2       Definisi Harta Pusaka
2.2.1    Menurut Bahasa
Definisi Pusaka
Menurut kamus Dewan, pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia, (untuk diwarisi oleh keluarganya).[3] Menurut definisi Islam, pusaka atau al-mirath dari segi bahasa pada makna al-masdar (المصدر) bermaksud al-baqa’ (البقاء) iaitu kekal dan perpindahan sesuatu daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Al-mirath pada makna isim maf’ul (اسم المفعول) pula bermaksud asal atau baki.[4]

Menurut syarak, dalam istilah ilmu faraid, harta pusaka juga dikenali sebagai al-tarikah. Dari segi bahasa al-tarikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau dibiarkan oleh si mati. Manakala definisi al-fuqaha’ dalam menentukan maknanya, terdapat beberapa perselisihan yang dapat dilihat seperti berikut:[5]
        i.            Jumhur fuqaha’ mendefinisikan al-tarikah sebagai segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati termasuklah harta benda, hak-hak kebendaan dan hak-hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas hak-hak persendirian. Kesemuanya ini akan diwarisi sama ada oleh waris atau bukan waris. Menurut pendapat ini juga, hak-hak yang boleh diwarisi termasuk hak lalulintas atau hak minimum, hak manfaat ke atas barang yang disewa atau dipinjam, hak-hak khiyar seperti khiyar syarat. Begitu juga termasuk harta peninggalan si mati seperti anak-anak yang telah menjadi duka setelah kematiannya, diyat yang diambil dari pembunuhan dan apa-apa yang tersangkut pada pukatnya yang telah dipasang pada masa hidupnya.

      ii.            Mazhab hanafi mendefinisikan al-tarikah sebagai segala harta dan hak-hak kebendaan yang menjadi milik si mati. Harta tersebut termasuklah harta alih dan tak alih serta hutang-hutang yang belum dijelaskan oleh orang lain kepadanya.

iii.                  Setengah pendapat mengatakan bahawa al-tarikah ialah segala harta benda yang ditinggalkan oleh si mati setelah diselesaikan hutang dan wasiatnya. Oleh itu, al-tarikah menurut pendapat ini, ialah harta peninggalan si mati yang telah bersih dari hutang, wasiat, hibah, urusan jenazah dan setelah selesai ia akan diwarisi oleh waris-warisnya yang masih hidup.
Walau bagaimanapun, perselisihan pendapat fuqaha’ dalam memberi definisi al-tarikah atau harta pusaka tidak memberi kesan kepada praktikalnya atau pengamalnya kerana perbezaan tersebut tidak akan menyebabkan berlakunya perubahan dari segi hukum hakam pusaka. Perbezaan ini hanyalah dari segi lafaz atau perkataan sahaja yang berkaitan dengan istilah al-tarikah. [6]

2.2.2        Menurut Undang-undang

Menurut undang-undang harta pusaka adalah harta yang ditinggalkan oleh seseorang kepada ahli keluarganya atau kepada mereka yang layak dengan syarat tertentu dan akan terlaksana selepas kematiannya[7]


2.2.3.1   Menurut undang-undang sivil

a)      Definisi Harta Pusaka menurut undang-undang sivil pula adalah seperti berikut iaitu menurut kamus Osborn’s Concise Law Dictionary telah menyatakan bahawa definisi harta pusaka ialah harta yang mana telah diperturunkan atau diwarisi daripada seseorang kepada pewarisnya.

b)      Menurut Elizabeth A.Martin di dalam kamusnya A Dictionary if Law telah mendefinisikan harta pusaka sebagai penyerahan harta oleh pemilik harta ketika sampai ajalnya kepada pewarisnya, pada waktu itu, pemilik harta melengkapkan wasiatnya atau mengikut peraturan yang berkaitan dengan pusaka tanpa wasiat untuk ditadbirkan.[8]

c)      Menurut seksyen 2 Akta Probet dan pentadbiran 1959 di dalam tafsirannya telah mendefinisikan “harta” bermaksud meliputi sesuatu benda dalam tindakan dan apa-apa kepentingan dalam harta alih dan harta tak alih. Manakala maksud “harta pusaka” menurut seksyen berkenaan bererti semua harta yang jika seseorang mati tidak berwasiat, akan terletak hak pada Hakim Besar.[9]

d)     Menurut pendapat Jeremy Bentham di dalam sebuah bukunya telah mengatakan bahawa harta pusaka ialah harta seseorang setelah matinya yang mesti dibahagikan mengikut tiga perkara berdasarkan undang-undang Perancis iaitu penghidupan anggota baru. Menjauhkan diri putus harapan dan mendekatkan diri kepada persamaan dalam harta.





[1] Profesor Ahmad Ibrahim. 1991.  Al-Ahkam Undang-undang Harta Dalam Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

[2]Ahmad Tarmizi Jusoh..2009. Pewarisan Jutawan. Dolphin Press Sdn.Bhd.
[3]Kamus Dewan. Edisi ke 3.
[4] http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/07/konsep-harta-pusaka.html.
[5] Mohd  Ridzuan. 2006. Udang-undang Pusaka Islam Perlaksanaan di Malaysia. Dawama Sdn. Bhd.
[6] Ibid.
[7] http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/07/konsep-harta-pusaka.html
[8] Ibid.
[9] Akta Probet dan Pentadbiran 1959.


nk tgk y penuh bleh cntcts sy ek..huhu
BAB TIGA
HAK ANAK ANGKAT DALAM PEWARISAN HARTA PUSAKA : SATU KAJIAN KES DI MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM

3.1       Pendahuluan
Sebagaimana yang kita ketahui, pada masa kini ramai di kalangan pasangan yang sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai rezeki untuk memperolehi cahaya mata sendiri. Oleh itu, ramai di kalangan mereka yang membuat keputusan untuk mengambil anak angkat sebagai mengisi kelengkapan di dalam sesebuah keluarga, ada juga di kalangan kita yang belum berkahwin tetapi mahukan anak, mereka ini juga ramai yang mengambil anak angkat. Anak angkat adalah berbeza dengan anak kandung sendiri, seseorang anak kandung mempunyai keistimewaan dengan ibu bapa mereka sendiri tetapi bagi seseorang anak angkat pula mereka kurang mempunyai kelebihan sebagai mana yang dimiliki oleh seseorang anak kandung, sebagai contoh di dalam pewarisan harta pusaka. Sebagaimana yang kita tahu seseorang anak angkat tidak mempunyai hak ke atas harta penjaga mereka, tetapi anak kandung pula mempunyai hak di dalam harta pusaka. Oleh itu untuk menjamin seseorang anak angkat itu, penjaga perlulah memikirkan masa hadapan seseorang anak angkat kelak, seandainya diusia muda anak angkat tersebut telah ditinggalkan oleh penjaganya maka di sini anak angkat menimbulkan pelbagai perbalahan dikalangan ahli keluarga, dengan ini sedikit sebanyak telah merosakkan kehidupan seseorang anak angkat tersebut. Oleh itu penjaga angkat perlulah membuat persediaan seperti membuat wasiat atau hibah bagi menjamin kehidupan seseorang anak angkat. Oleh itu, penulis telah menulis sedikit sebanyak tentang wasiat dan hibah.

3.2       Definisi Anak Angkat
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka anak angkat ialah anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya, kebiasaannya anak angkat di ambil oleh pasangan yang tidak mempunyai zuriat akibat mandul.

3.2.1    Anak angkat di sisi syarak
Pengambilan anak angkat menurut Islam berlainan dari amalan dan adat pengambilan anak angkat barat. Bertentangan dengan apa yang berlaku di dunia barat, seorang anak angkat tidak meninggalkan keluarga biologi mereka (kecuali jika tidak diketahui) untuk memasuki keluarga yang mengasuh mereka. Sementara mengasuh anak orang lain dibenarkan dan dalam kes anak yatim, malah digalakkan, anak angkat itu tidak menjadi anak ibu bapa baru mereka. Bentuk pengambilan anak angkat ini di mana kanak-kanak mengekalkan keahlian keluarga asal mereka digelar, dalam bahasa Arab ‘kafala’. Ini membayangkan sebagai contoh bahawa bapa baru mereka tidak boleh menamakan anak lelaki itu bersempenanya, dan bahawa anak itu dikirakan bukan Mahram. Ini dapat dilangkah sisi dengan anak itu menghisap susu ibu angkatnya dalam dua tahun yang pertama kehidupannya. [1]
Riwayat melibatkan Aisyah Abu Bakar, Abu Huzaifah ibn Utbah dan Salim Mawla Abu Huzaifah berkata:
Abu Hudhaifah, salah seorang yang berjuang dalam perang Badar dengan Nabi Allah, mengambil Salim sebagai anaknya dan mengahwini anak buah perempuannya Hind binti Al-Wahd bin 'Utba padanya' dan Salim sebagai seorang hamba dibebaskan dari seorang wanita ansar. Nabi Allah juga mengambil Zaid sebagai anak lelakinya. Sewaktu zaman jahiliah sebelum Islam adatnya adalah biasa, jika seorang mengangkat seorang anak lelaki, orang memanggilnya dengan nama bapa angkatnya yang dia akan mewarisi juga, hingga Allah mewahyukan: "Panggil mereka (anak lelaki angkat) dengan (nama) bapa mereka." [2]
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Nabi Muhammad sendiri telah mengambil anak angkat, dan baginda sendiri telah disusukan oleh ibu angkatnya sewaktu dua tahun yang pertama hidupnya.

3.2.2    Anak angkat di sisi undang-undang
Menurut Undang-undang Malaysia di dalam Akta 39 Akta Pewarisan ( Peruntukan Keluarga) 1971 telah membuat tafsiran bahawa, “anak lelaki” dan “anak perempuan” masing-masing termasuklah seorang kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan yang diambil menjadi anak angkat oleh si mati di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengambilan adalah sah disisi undang-undang.
Anak angkat merupakan anak orang lain yang dipelihara (angkat) sebagai anak sendiri. Sekiranya proses pengambilan anak angkat ini dilakukan melalui undang-undang (wajib di kebanyakan negara), sebagaimana yang telah terdapat di Negara kita Malaysia yang mana telah menetapkan proses atau prosedur bagi pengambilan anak angkat. Dalam proses pengambilan anak angkat ini terdapat dua cara iaitu pertama dengan cara terus daripada ibu bapa yang ingin memberikan anak mereka sebagai anak angkat, yang mana cara ini selalu dilakukan dikalangan masyarakat kita yang mana kebanyakkannya terpaksa menyerahkan anak mereka kepada orang lain kerana tidak mampu untuk memelihara mungkin disebabkan masalah kewangan atau sebaliknya. Cara kedua ialah melalui permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jika seseorang yang ingin memohon anak angkat melalui JKM bolehlah memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, email atau dengan lebih mudah datang sendiri ke JKM. Di sana pemohon diminta untuk mengisi borang permohon dan sebagainya. [3]

Undang-undang juga telah menetapkan syarat-syarat bagi seseorang yang ingin mengambil anak angkat sebagaimana yang telah termaktub di dalam Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 juga perlu dipenuhi. Antaranya ialah:
1.         Ibu bapa angkat mestilah sekurang-kurangnya berumur 25 tahun dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada anak angkat itu.
2.         Anak angkat itu hendaklah di bawah umur 18 tahun.
3.         Ibu bapa dan anak angkat hendaklah menetap di Malaysia.
Permohonan pengambilan anak angkat ini bukanlah untuk orang yang telah berkahwin sahaja, malah orang yang belum berkahwin juga boleh membuat permohonan asalkan menetapi syarat-syarat yang telah ditetapkan, sebagaimana yang berlaku pada hari ini ramai masyarakat yang belum berkahwin telah mengambil anak angkat seperti yang berlaku pada kebanyakkan artis kita pada masa kini antaranya Misha Omar, Umi Aida, Rebecca al-islam dan sebagainya.

3.3       Kaedah Memberi Milikan Harta Kepada Anak Angkat
3.3.1    Wasiat
3.3.1.1 Wasiat menurut Islam
Wasiat dari segi bahasa menurut sarjana perundangan islam berasal dari perkataan “wassa” yang bermaksud memerintah[4], mewasiatkan dan menjanjikan sebahagian ahli feqah Mazhab Syafie mentakrifkan ia berasal daripada kata sifat “wassa” yang bererti menghubungkan atau menyampaikan[5]. Dalam mendefinisikan wasiat ini, terdapat banyak makna antaranya adalah pesanan yang mesti disampaikan kepada orang yang diwasiatkan. Oleh itu dapatlah difahami bahawa wasiat itu adalah menghubungkan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semasa hidupnya sebagai ganjaran pahala sesudah kematiannya.

Wasiat menurut istilah mempunyai pelbagai makna, antaranya adalah kebajikan yang disandarkan selepas mati. Selain itu, ia boleh dikatakan amalan untuk mendapat pahala terus. Definisi yang paling sesuai dikalangan fuqaha’ ialah pemberian sesuatu hak yang disandarkan atau dikaitkan kepada seseorang selepas mati[6]. Hal ini disebabkan amalan wasiat dilakukan semasa pemberi wasiat masih hidup tetapi wasiat itu berkuatkuasa sejurus selepas pemberi wasiat meninggal dunia. Maka dapat dikatakan di sini, wasiat berlaku atau sempurna dengan kematian pewaris.

Menurut ulama fiqh, wasiat bermaksud satu perbuatan kebajikan dengan satu hak yang terlaksana selepas kematian. Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 mentafsirkan wasiat sebagai “iqrar seseorang yang dibuat semasa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas ia mati” di dalam undang-undang wasiat mesir (no.71 tahun 1946) wasiat bermaksud “suatu urusan (tasarruf) terhadap harta pusaka (tarikah) tertakluk kepada selepas kematian musi (pewasiat)”. Maksud urusan di sini atau tasarruf adalah luas meliputi segala urusan niaga seperti pemilikan, penyewaan, pembatalan hak, pemberian manfaat dan sebagainya.[7]

Dari takrif-takrif di atas ternyata wasiat itu merupakan satu penyataan daripada pembuat wasiat iaitu pewasiat (musi), benefisari (al-musi lahu) dan harta wasiat (al-musi bihi) yang diwasiatkan dalam pelbagai bentuknya. Wasiat mempunyai beberapa persamaan dengan hibah, ianya boleh dikatakan sebagai perbuatan kebajikan yang melibatkan harta atau hak seseorang bagi tujuan mendapatkan pahala atau pemberian kasih sayang seseorang kepada ahli keluarga yang rapat atau sebaliknya. Begitu juga sekiranya pewasiat mempunyai anak angkat, pewasiat bolehlah mewasiatkan hartanya kepada anak angkat tersebut, dengan itu sedikit sebanyak dapat membantu anak angkat itu sendiri.


[1] Dr. Mohd Mahmood. 2004. Sirah Islamiah. Dawama Sdn. Bhd. Hlm.143.
[2]Ibid.
[4] Al-Maidah 106. 1977. Munjid,fi Lughah. al-mashuiq. H lm.904.
[5] Asy-syifazi abi ishak,Ibrahim bin Ali. 1951. Al-Tanbin fi Fiqh Al-mazhab Al-syafie. Mesir. Hlm.94.
[6] Harun Dr Musa Fathullah. 1994. Masalah Wasiat dan Faraid. Unit Penerbitan Akademik Uitm Skudai.
[7] Ibid.

BiNtAnG bUaTaN sEnDiRi UnTuK DiA...

ermmm.... boleh thn jgk nk uat bintang nih..ambil masa 1 minggu nk ciapkan, maklumla org baru blaja 2 y lme 2 nk ciapkan 1 balang kcil bintang..hihihi..tp ape2 pun ak dh bejaya ciapkan bintang 2..


kertas tuk uat bintang....

kertas jugak...hihihi


kertas n balang...

sory Lupe nk ambik pic y dh ciap huhu sekian dari sy...

Friday 29 April 2011

AkU KiNi MuNcUl KeMbAlIiiiii.....

haiiiiii semua...sory dh lme x tulis kt blog nih..almaklumlah bzy ckit dgn tesis..tp skrung alhamdulilah semuanya dh berehhh...amin2..ermmm lme jgk x tulis kt blog nih..rsenye dh sebulan lebih dh nih..ye la sampai de peminat ak ckp blog ak dh bersawang...hahaha "perasan" jgn mare ek..pe nk tulis lg ek..rse mcm kekok lak nk tulis kt blog nih.haaa..tuk mase skung nih ak ok2 je..shat alhamdulilah..hihik "mcm org tanye lak kan"..ok la sampai disini je la tulis..t ble rse dh de mood nk tulis ak tulis lg...huhu ok I mIsS U alL....`.`

Thursday 24 March 2011

bEnJo Ohohohohhohoh BeNjo...huhu

situasi at fist cafe( lokasi ini hanye rekaan sahaja..hahah) ..jam kul 6;30 ptg..waktu 2 sy ngn kwn umh sy trun g cafe nk bli mum..biase la klu perut dh lapa bru nk g cafe cri mum..hihik..ble smpai kt cafe kwn sy tnye:

minah ; ko nk mkn pe ari nih??

sue : aku nk mkn benjo la..dh lme xmum benjo..hehe ko nk mum pe?

minah : ermmm ak nk mum nasi goreng ikan masin + telur mata..huhu

sue : ok la..ak g kt tmpat burger n ko g tmpat mkn ko ek..

minah : orait..

5 minit kemudian at kedai burger...

abg burger: ye dik nk bli pe?

sue : burger la bang xkan nk bli basikal lak..huhuhu (loyer buruk jap ngn abg nih)

abg burger : ye la dikkk oit..nk burger pe cik adik oitt...

sue : ermmm....bang nk benjo satu ek..

abg burger : ala dik benjo xdk la...adik bli burger spcial la ek..

sue : npe xdk lak bang??

abg burger : telur xdk la dikkk..

elehhh abg nih kte xdk telur tp sruh li y spcial lak...y spcial de lak telur dia...sengal je abg nih...

sue ; bang spcial de lak telur...tdi ckp telur xdk???

abg bueger : telur tuk spcial je la dik de..y benjo xdk la..hihihi..

sue : bang nk tnye leh x?

abg burger: pe dia? tnye la..

sue : abg uat burger spcial gne telur pe?

abg burger : ayam la dik...hahaha..npe?

sue ; abg uat burger benjo gne telur pe lak bang??

abg burger : ayam la dikk

sue :owwhh..ingat spcial abg gne telur lain tdi smpai benjo sy abg xleh nk uat..

abg burger : hihihikk (sengeh mcm kerang busuk)

ermmm senget abg burger nih..klu mls nk uat ckp je la..xyh la nk uat mcm2 alasan..pe daaa..puiii pnye abg burger nih..geram ak di uat nye...alahai benjo xdpt nk mum benjo kali nih..


p/s semua ini tiada kene mengena dengan sesiapa pun..sama ada y menjual burger or pembeli burger or peminat benjo or adik beradik burger...hihik just nk update my blog je..huhu..

kedai burger..cth je..hahaha

hihikk..BeNjO ohh... BeNjO..

Tuesday 22 March 2011

tUnAnG aBg kU...

kali ni keluarga pakcik asmawi dpt org nun jauh di utara..insyaallah..hahaha naik kemetu buntut di uatnye nk sampai ke utara sane...ermmm pe lg ek nk cte haaa ni nak habaq ckit sal org kedah..hampa nk tau x org2 kedah nih rumah dia di kelilingi ngn sanak saudara depa jgk...hhiik..maksudnye jiran2 dia semua saudara dia jgk..bkn sape2 pun..2 y sng klu nk knduri sng de saudara mara tulun...hihikk.ok la xtau nk tulis pe lg..so tgk je la pic abg aku nih dia tunag..hahaha..tatataaaa...


ambik berkat bakal mak mertua...haaahaa

ni bakal ahli keluarga..hahaha..cun x

malu2 lak abg aku nih...hihihikk

seronok semua ekkk...

haaa ni nk knl kan anak cik awie y masih kosong..hahah..

tuuuudiaaa hantaran tunang...

skung niii jom pi pekan rabu lak...

at tol juru...

nih opah saudara aku..sblom balik singah melawat dlu at slim river
hope opak cepat sembuh yeee..

Monday 14 March 2011

best lagu nih...i like..

 jom layannnn....

pertama kali ku bertamu dengan mu..
sayunya hatiku merinduimu
walaupown belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta
 
pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku engharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu
 
akan ku renang lautan yg berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikalau kau meninggalkan ku
terhiris hati ini.terguris jiwa ini.
menangis tak berlagu..ohhhh...
 
biarpun ombak yg mrubah pantai
kasih ku tak kan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti ohhhh...
 
sayangku pimpinkan tangan ku
menuju mahligai bahgia..
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
ohhhh..kasih...


Saturday 12 March 2011

yeahhh hadiah...

hihik terasa semanis madu lak dapat hadiah nih...
suke sngat..thanks..


huhu cantik x bunge 2..

sedap x...yumm2x..huhu

Friday 11 March 2011

CiK nYaMuKkkk..

my jiran :  auwhhh!!! sakitnye la kne gigit cik NyAmUk nih...klu ari2 kne gigit ngn cik NyAmUk nih mau habis darah aku nih...puiii sengal la nyamuk nih...

tetibe je my sister terdengar my jiran said...hahaha

my sister :  puiii la ko nih..y ko nk salahkan cik nYaMuK 2 knpe..2 kan dh kje dia..pe daaa xdk otak pnye org..meh sni ak nk bg tau ko..klu ko rse drh ko xnk abis pe kte ko g bersihkan ckit umh ko 2...

my jiran : oit...sengal r ko..umh ak dh bersih daaa...

my sister : ko nih memeg bute kot...umh mcm tong sampah ckp bersih..puuiiii pnye org..

my jiran : mls ak nk lyn ko...

seminggu kemudian
my jiran : aduhaii..bale2..cian adik aku kne demam denggi lak..

my sister : oit...padan muke..hahaha..ak dh ckp bersihkan umh ko 2 ko xnk..tgk skrg sape susah..

my jiran : diam r ko...sengal..

 keesokan harinye my sister uat kje jht..dia g tampal proster pasal denggi kt depan pintu umh my jiran...
uat pengetahuan semua proster 2 dia curi kt dia pnye kolej (kuis)..hahaha puii..

my jiran : oit sengal btl la sape y letak bende nih nk perli r 2...

my sister : oit 2 org kesihatan bg r..tdi dia pesan sruh ko bersihkan umh..org 2 ckp umh ko de 20000 ekor nyamuk denggi...hihik..

my jiran ; ye ke wehhh...

keesokannye my jiran pun sebuk la dia bersihkan umh dia..gotong- royong la ngn adik2 dia..
my sister : uittt...uat pe 2..mengemas ke..hahaha

my jiran ; diam r ko sebok je..

setelah selesai my jiran mengemas umh dia nmpak bersih sekali..

my sister : wooowww...bersih gile..bgs2 ps ni msti cik NyAmUk tkot nk dtg..hihikk.

my jiran ; biase r ak y kemas..

my sister ; berlagak lak dia nih..wehh ko kne bertrima kasih ngn ak..coz ak y jdi org kesihatan 2, ak y tmpal kt pintu umh ko..hahaha

my jiran ; sengal r ko...klu ak tau ko xdk la ak ssh2 nk kmas umh ak nih..penat je ak..ak mati2 ingat org kesihatan 2 y bg..tkt2 nk uat chek nyamuk t kne dende lak..tp xksh la ape2 pun t ak blnje ko..

my sister ; hahah cantik...nk blnje pe?

my jiran ; blnje NYAMUK!!!!...hahaha

my sister ; puiiiiiiiii...

ermmm cerita nih hanyelah rekaan semata-mata..kerana empunye blog nih saje je gatal tgn nk tulis..tp ape2 pun jgn lah mengundang CiK nYaMuK di tempat anda tinggal...tatata..hahaha


 CiK nYaMuKkkk..


 Mari kita Membasmi CiK nYaMuKkkk..


 moh kte cegahhh..